Want your
own Fotopage?







 
inastrani 007


By: inastrani lyudi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 13-Nov-2007 04:18 Email | Share | | Bookmark
keja sambilan

ambil gambar orang.


Care to comment?


Thursday, 18-Oct-2007 03:21 Email | Share | | Bookmark
hari raya 1 Syawal

nikon D70s officially sold!
Lani pakai LG shine 2MP autofocus schneider- KREUZNACH aje lah kita....; )

silalah klik link ni kalau nak tengok gambar lagi ..
kebanyakkan daripadanya dari kamera lama saya dan ada beberapa dari kamera beberapa orang lain .. =)

http://www.db798.com/pictobrowser/preview.php?ids=72157602699994310&names=aidilfitri&source=sets&userName=khairil-idham&userId=16159921@N05&titles=on


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Gambar di Kedutaan Malaysia di Moscow, Russia. Gambar-gambar lain akan di upload nanti.Sila lah tunggu ya...

Kami semua telah berkumpul di bilik 1502 dan yang muslimahnya di bilik ---- pada malam Syawal 1 untuk bertakbir bersama-sama mengagungkan Ilahi tanda kemenangan menahan lapar dan dahaga serta berpuasa sepanjang bulan Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah , syukur sangat ke hadrat Ilahi kerana sempat juga melalui satu lagi episod Ramadhan dalam hidup ini. Bila di hitung semula, genap sudah 6 kali berpuasa dan berhari raya di tempat orang , Moscow. Ini belum kira hari raya haji kalau itu pun di hitung sekali.



Aidilfitri yang disambut kali ini adalah cukup bermakna bagi kami seluruh warga tahun akhir penuntut perubatan di Moscow. Selama hampir 6 tahun di perantauan,setiap sambutan dan perayaan sudah pasti membawa pelbagai kenangan yang tidak akan dapat dilupakan. Lagi pula tahun ini Moscow menjadi tumpuan seluruh warga dunia umumnya dan orang Malaysia khasnya kerana Malaysia telah berjaya menghantar angkasawannya yang pertama ke ISS menggunakan Soyuz bersama 2 krew angkasawan yang lain Yuri Malicenko dari Russia dan Peggy Whitson dari Amerika Syarikat. Suasana kemeriahan aidilfitri yang disambut sudah pasti lebih berbeza dengan kehadiran Pak Menteri, para saintis, orang media dan pelbagai lagi.

1 Syawal 1428 - Solat Aidilfitri di Kedutaan Malaysia di Moscow, Russia. Kata seorang teman inilah takbir yang terpanjang sebelum solat sunat Aidilfitri pernah dia lalui sepanjang menyambut aidilfitri di sini. Ini mungkin gara-gara menunggu Pak Menteri Dato' Jamaluddin Jarjis yang terkandas di jalanraya dengan trafik yang sangat teruk di Moscow. Dari jam 830pagi sepatutnya bermula solat sunat tapi telah lanjut hingga ke jam 1000 pagi. Nak buat macam mana? Trafik di Moscow memang tiada tandingnya kalau waktu kemuncak.Itu mujur ada metro yang mempunyai 12 garis warna berbeza menghubungkan keseluruhan 172 stesyen dengan populasi penduduk kira-kira 15 juta orang.

Tapi kadang-kadang begitulah gayanya seorang YB. Kehadirannya di khalayak ramai adalah yang paling di nanti dan kehadiran Pak Menteri Sains Teknologi dan Inovasi ini benar-benar telah menyerikan majlis sambutan hari raya pada kali ini. Ditambah setiap gerak gerinya di rakam oleh wakil wakil media dari Bernama, RTM, TV3 , ASTRO, UTUSAN , BERITA HARIAN, dan macam-macam lagi.Tapi pusat segala tumpuan tidak lain dan tidak bukan kepada Kapten Dr Faiz Khaleed. Secara peribadi,personaliti,gaya dan sebagainya dia memang seorang yang hebat yang merupakan seorang lagi calon angkasawan Malaysia. Masih teringat kali pertama berjumpa dengan dia ketika itu program angkasawan masih pada peringkat 4 calon terakhir. Saya telah dipelawa oleh Sarah dan adik2 juniornya untuk bermain ice skating bersama di Mega dengan semua calon angkasawan lain kecuali Dr Sheikh kerana pada masa itu beliau bersama Col Dr Zul bertugas ke Star City. Terima kasih Sarah. Satu pengalaman yang cukup bermakna.



Sungguh dari personaliti dan peribadi tanpa mengira latar belakang , Capt Dr Faiz tidak kurang hebat dengan Dr Sheikh Muszaphar dan saya secara peribadi sangat mengkagumi dirinya. Andai saya Bapa segala Menteri seperti Pak Lah mungkin saya memilih Capt Dr Faiz sebagai angkasawan pertama negara namun ini hanyalah cuma pandangan peribadi salah seorang rakyat Malaysia yang tak berlandaskan pada sebarang data,maklumat,analisis dan sebagainya.

Dalam duduk sembang-sembang dengan Pak Menteri Sains Teknologi dan Inovasi dan rakan-rakan yang lain semangat Dato bercerita rancangan kemungkinan nak menghantar angkasawanita pertama negara. Rasa bersemangat dan seronok juga bila Dato Seri memperkenalkan 3 orang saintis utama untuk projek penyelidikan yang dilakukan oleh Dr SMS di ISS iaitu Prof Dr Rahman, Prof Dr Raja dan Prof Dr Ramelah . Apa yang menarik perhatian saya ialah Prof Dr Rahman yang merupakan Ketua Penyelidik /Saintis dan berkhidmat sebagai Pengarah UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) pernah memegang jawatankuasa PPIM selama dua penggal.



4 gambar di atas adalah gambar asal hak milik NSTP Berita Harian ihsan jurugambar ROSLI RAHMAT yang bertugas membuat liputan program angkasawan. Sebarang salinan dengan tujuan mengaut keuntungan/menjual dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.Harap maklum.



Seronok rasanya berjumpa orang yang cerdik pandai secara tak langsung memberi semangat, contoh dan teladan melalui watak dan perwatakan.



Bila dah puas makan dan bergambar di Kedutaan Malaysia, kami semua berpakat untuk merakamkan gambar aidilfitri yang terakhir ini dengan simbolik Moscow , Russia. Ada yang bercadang ke Red Square tapi saya lebih cenderung untuk bergambar di Moscow State Medical University(MGU). Apatah lagi setelah hampir 6 tahun di Moscow,inilah kali pertama ingin bergambar dengan MGU. Alhamdulillah semua pun bersetuju untuk ke MGU dulu dan esoknya pula akan akan ke Red Square.

Moscow State University atau Moskovski Gasudarstvenni Universitet (MGU) merupakan universiti yang terbesar dan tertua di Rusia. Mempunya 4000 fakulti pengajian dan menampung 40000 pelajar ijazah dan 7000 lepasan ijazah dan 5000 residents. Bangunan utama MGU inilah yang dipanggil 7 sisters kerana terdapat 7 bentuk bangunan yang sama sepertinya dari segi arkiteknya di Moscow/dunia. Betulkan saya kalau salah...

Biarpun sejuk yang amat sangat, kami gagahkan juga hasrat memandangkan belum tentu lagi kami akan menjejaki semula Moscow ini setelah pulang ke tanahair kelak. Kebetulan rupanya keluarga Lt.Col Dr. Yunus Masjuki , salah seorang team SUKHOI, jet fighter yang dibeli oleh kerajaan Malaysia dari Rusia pun ada bersama di MGU untuk bergambar bersama. Memang meriah. Orang Rusia yang melihat gaya kami berpakaian pula dah cukup sangat- sangat pelik.



Agaknya macam mana kita pelik superman pakai seluar dalam di luar , kita pula pakai skirt (sampin) diluar seluar. =) Alhamdulillah 1 Syawal tempoh hari adalah cukup meriah dan dan kemeriahan itu tidak habis setakat di situ sahaja .. malah pulang dari bergambar sakan, ada pula yang buat bilik terbuka dan sebagainya ...

yeh!! selamat hari raya!!

nak tiru, tiru aje.......tada hal......pastu jangan lupa pos duit kat aku
Thu 1-Nov-2007 10:19
Posted by:f i q u e  - [Link]
nice pic n smart design.... Tue 13-Nov-2007 08:27
Posted by:cintamaya
hye khairil idham ismail...
perlu banyak belajar lagi...
Thu 22-Nov-2007 01:13
Posted by:Teacher Purple alya_farhana1905@yahoo.com
View all 22 comments Add comment


Sunday, 7-Oct-2007 21:26 Email | Share | | Bookmark
derma/sadaqah pakaian terpakai

di tempat simpanan pakaian (padval)
mengumpul masih di kediaman
memunggah
View all 11 photos...


Во имя Аллаха, милостивого, милосердного

Я надеюсь каждое находится в самом лучшем здоровье и работать крепко в этих последних днях Рамадан. Во время этого благородного месяца Рамадан, нас как мусульманские студент-медика под крышей исламской медицинской ассоциации Малайзи- глава студента России (Moscow) IMAM-RSC студента вызванного для того чтобы способствовать и сделать усилия в гуманитарные общественныа
работы для безработных для наших несчастливых русских братьев и сестер.

Поэтому, мы были собранным веществом как рубашки, брюками, куртками зимы и ботинками зимы, котор нужно жертвовами и распределенными среди мусульманские бедный люди в Москве.

Я осуществляю что будет только падением в океане но мы надеемся он в малой дороге отразило наше объединение и усилино наше братство. Рамадан Карим.Я молю аллах вы были политы с благословений и вознаграждения.

Kxaирил Идхам Исмаил
Председатель
Islamic Medical Association of Malaysia
Russia Student Chapter







Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah, we have successfully passed 2/3 of this noble month of Ramadhan and keep on enjoying its numerous benefits and rewards as individuals, families and communities. Nevertheless not each and every one of us is able to spend great time with the beloved ones every iftar or even to perform the Teraweeh together at mosques due to various reasons.

Many countries such as African countries namely Sudan, Nigeria while and Peru were affected by different types of disasters which caused many destructions as well as Palestine and Iraq who require ongoing supports and many other countries too. Homeless people, destroyed infrastructures, orphanages and many more…

Therefore, I would like to thank all of you for the generous and most welcome contribution to the relief efforts during this blessed month of Ramadhan for faqir in Russia. May your sadaqah towards relief of our aggrieved ummah in this Blessed month be rewarded handsomely and may you be showered with the choicest of blessings and reward, Insha'Allah.JZKK. Shukran!

Wishing all of you Ramadhan Kareem and Eid Mubarak in advance!
khairil idham ismail



L- Aizat, Matpil, Awe, Zharif, Azman ,Idham
P- Dayout, Mazni, Erina, Chenab, Amnah

Salam

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

ikhlas dari jejaka dan hakuko

selamat pulang beraya dengan selamat disamping keluarga tersayang...

http://www.hasnizamphotography.com
0124454555
Thu 11-Oct-2007 14:05
Posted by:~jejaka~HasnizamPhotography  - [Link]
Thank u sbb bagi support ... mana la tau satu ari sampai kat sana.. next plan ke Euro silap serong kat rusia mana laa tau kan .. selamat hari raya Fri 12-Oct-2007 01:26
Posted by:udeyismail  - [Link]
wahhh bestnyer kat moscow ker ni??
ishhh tak pernah pegi sana...selamat hari raya rakyat malaysia di sana!!! peace ..
Mon 15-Oct-2007 13:05
Posted by:angah angah316@gmail.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 26-Sep-2007 19:48 Email | Share | | Bookmark
ada apa dengan cinta dan juga salam perantauan?







just another entry with same theme like before (browse the previous entry) ...boring...
eternal love? true love? ....nonsense but Allah's love!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

salam perantauan



Kami pelajar tahun akhir di Russian State Medical University, Moscow mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin setulus hati ikhlas dari kami biar jauh di mata di hati dekat sentiasa. Moga kita dapat berjumpa pada tahun hadapan bersama-sama meraikan ramadhan dan seterusnya Aidilfitri bersama keluarga,sanak saudara serta rakan tercinta di Malaysia.

Dari kiri (berdiri) : Khairil Idham, Syafwan, Hannan, Khairil Anwar, Muhammad Faiz
Dari kiri (duduk) : Suhaila , Firdaus, Professor Atanov, Azimah, Intan, Jasmine

Class of 2008
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


berdiri: nwar,faiz,ameer
duduk: zaki

biar jauh di mata , di hati dekat sentiasa
biar sesaat terasa umpama setahun lamanya,
tidak pula walau sedetik melupakan namanya,
biar kasih berpanjangan sepanjang masa,
bercerai tidak , meninggalkan selamanya.
biar di campak ke Tanah Tsar nun di utara
jati diri kita tersemat utuh sentiasa
MALAYSIA, tanah airku tercinta

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
outing berempat
ijat sabri,hazreen-canon
aliff,idham-nikon
siapa menang ..?
sudah gerahu cendana pula, sudah tahu bertanya pula....


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ni salam perantauan peribadi



Buat ayahanda bonda serta keluarga tercinta anakanda panjatkan doa dan salam moga-moga ramadhan yang kita tempuh kali ni membawa pelbagai keberkatan buat kita semua. Kini sudah masuk kali ke-6 kita berjauhan bagi meraikan dan menyemarakkan bulan penuh kemuliaan , bulan Ramadhan dan menyambut kejayaannya dengan Syawal , Aidilfitri yang menyusul sesudahnya.

Pada kesempatan ini, dengan penuh rendah dirinya, anakanda menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari hujung rambut ke hujung kaki andai sepanjang 2* tahun hidup ini anakanda banyak melakukan silap , salah dan dosa. Sesungguhnya anakanda hanyalah anak yang sangat daif dan lemah tanpa doa, keberkatan dari ayahanda, bonda dan seisi keluarga. Doakan lah perjuangan anakanda di sini agar semuanya berjalan baik dan lancar, dipermudahkan segala urusan dan diberkati oleh NYA demi segenggam ijazah.

Semuanya di tangan Rabbul Izzati. Moga rindu anakanda buat semua kerana Allah di Malaysia melahirkan kemanisan iman di dalam jiwa kita semua lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini. Sambutlah salam penuh ingatan, kemesraan dan rindu anakanda buat semua. Moga juga kita semua di bawah payung rahmat dan sejahtera Allah Yang Maha Esa.

Khairil Idham Ismail

*p/s:aaa...salam perantauan kat sini aje..takde pun hantar ke paper mana2...


well done bro on all those breathtaking pics... salam perantau section tu pun syok gak...agak nye aku bole submit skali tak kat fotopages ko, comercial gak site ko ni skrg kan,hehe... enw idham, nak dekat2 raye nie, ucapan maaf zahir batin ntuk ko dari aku.. gd luck ntuk final year.. Alhamdulillah aku pun baru jer abes exam sebijik nie..
i adore all ur works man.. bukan saje hepi2 amek pics, pastu mencuri pahala dengan membantu org susah di bulan Ramadhan yg mulia nie.. sayu plak ati den,terharu nak nangis.
Mon 8-Oct-2007 10:35
Posted by:faKHru al razi@odessa rhazes0911@yahoo.com
Thanks for providing us with these very interesting entries.I wish i could go to Russia. Good effort Thu 18-Oct-2007 14:56
Posted by:Azli Yusof noorazliyusof@yahoo.co.uk  - [Link]
tat pakcik (or atuk?) looks a bit like fidel castro. owh! Wed 30-Jul-2008 04:14
Posted by:eint i_screem8@yahoo.com
View all 19 comments Add comment


Thursday, 13-Sep-2007 15:16 Email | Share | | Bookmark
ramadhan kareem...




Ni mesti gbr kat Kazan kan, menarik
Baru tau, org Arab, bila org sebut Ramadhan Kareem,
diorg akan balas Allahu Akram, betul ke?
ps:Akak doakan Anis, Aiman & Afif cemerlang duniawi & ukhrawi (mcm owner fp ni )
ps2: Nampak tak gbr org yg sepatutnya receive 'SMS' k. Ean tu dlm gbr konvo dia?
Fri 14-Sep-2007 01:59
Posted by:mama anis
Selamat berpuasa...harap tidak terlewat untuk mama mengucapkannya ya.... Thu 20-Sep-2007 17:49
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Add comment


Tuesday, 11-Sep-2007 05:48 Email | Share | | Bookmark
kampungku series/my village series

klcc
min of finance (kut)
cyber park
View all 6 photos...
Kampungku sudah berjaya,
Pembangunan seluruh negeri ....
(ingat lagu ni .....?)

Dalam tamadun manusia , pembangunan menunjukkan tahap pencapaian sesebuah tamadun itu. Pembangunan merupakan aspek yang luas dan merangkumi pelbagai bidang. Pembangunan tidak terhad kepada prasarana atau infrastruktur, malah turut meliputi aspek pembangunan rohani, fizikal, emosi, jasmani, mental dan sebagainya.

Banyak pembangunan telah berlaku pada Malaysia tatkala menyambut ulangtahun ke 50 ini. Dahulu mungkin pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara hanya terdiri daripada golongan diraja dan bangsawan seperti Dato' Onn , Tunku Abdul Rahman dan sebagainya namun kini telah ramai yang mampu untuk belajar ke luar negara berkat pembangunan yang pesat hasil dari perancangan yang terperinci dan hebat.

Siapa sangka ketika 50 tahun yang lalu,kini dalam selang beberapa hari lagi angkasawan pertama Malaysia akan diumumkan dan akan berlepas ke angkasa beberapa hari sebelum Syawal menjelma. Malaysia mampu memiliki antara bangunan pencakar langit tertinggi di dunia dan maka seterusnya kita mencatat pelbagai rekod di mata dunia ....

Namun, sejauh mana pengajaran dari pembangunan seluruh negeri ini kita benar-benar mengambil perhatian tentangnya? Adakah pembangunan sekadar dari segi fizikal dan berbentuk infrastrukturnya? Adakah pembangunan yang berlaku seiring dengan pembangunan mental,rohani dan sebagainya? Malah hatta pada pembangunan bahasa...

Di Amerika Syarikat, Bahasa Inggeris tidak dipanggil Bahasa Amerika Syarikat namun demikian tetap dipanggil English Language,cuma mungkin loghatnya di panggil American. Begitu juga di Australia dan sebagainya, walaupun Australia dijajah oleh koloni British bertahun lamanya dan Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama di sana,namun tidak pula Bahasa Australia menjadi namanya. Hal yang sama di mana-mana. Tidak wujud istilah bahasa cina. Bangsanya Cina,namun bahasanya Mandarin, Kantonis dan sebagainya. Begitu juga dengan bangsa India yang mana bahasanya adalah Tamil dan lain-lain.

Benar kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia. Namun yang mungkin hilang ialah identiti Melayu pada orang Melayu sendiri. Kejatuhan moral dan akhlak sama rancak dengan pembangunan yang pesat. Tiada satu pun bentuk pembangunan yang harus kita nafikan. Baik apa segi pembangunan sekalipun semuanya haruslah di seiringkan. Jangan kerana mengejar satu pembangunan, pembangunan yang lain di abaikan.

Andai kita hendak melihat kepada hala tuju sesebuah negara,maka lihatlah pada pemuda-pemudinya bukan hanya pada generasi yang sedia ada sahaja. Pemuda dan pemudi adalah tonggak dan harapan bangsa,agama dan negara. Andai rosak generasi muda sekarang, maka tak mustahil rosaklah masa depan kita,namun andai cemerlang,gemilang dan terbilang generasi muda sekarang maka in sya Allah cemerlang,gemilang dan terbilang jugalah masa depan kita.

Saya yakin dan optimis andai kita bersatu-padu, mempertahankan jati diri sejati, menyemarakkan sifat amal integriti, sentiasa berusaha memajukan diri, menjauhi sikap hasad dengki, merancakkan pembangunan segenap segi tanpa mengabaikan hatta pembangunan rohani dan yang utama mengamalkan perintah Rabbul Izzati, kita bukan sahaja mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri malah mampu meletakkan diri pada golongan dan ummah yang tertinggi.

Khairil Idham Ismail








kampung ko bukan Chedang ke?hahaha Thu 4-Oct-2007 06:49
Posted by:CiPoi  - [Link]
hebat..
cantek bangat neh..
tp eyes on m'sia tu seram sket..hahahaha
Tue 13-Nov-2007 05:01
Posted by:aegis aegislui@gmail.com  - [Link]
fuyo.. memang cantik gilerr bila ypu dapat ambil gambar slow speed dengan ferris wheel tu berpusing gitu .... thanks a lot fot the tips... i wil try this method next time shoot gambar yang spinning camni .. thanks a lot again for sharing ... Wed 2-Jan-2008 07:29
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Wednesday, 5-Sep-2007 16:46 Email | Share | | Bookmark
50th anniversary of malaysia's independence

plg srnok bila dpt merasa D2X org rusia ..biarlah 2-3 shot je
Assalammualaikum wbt
sedikit sahaja daripadanya ..
MERDEKA..tahniah Malaysia..tapi sejauh mana kita MERDEKA?

p/s:-million thanks to abg firdaus!!!!























































september 4, 2007 patutnya bukan august...no ladna ..nyicivo!
D2X ... waaaa...best best best ... sekejap sangat merasanyaaa..tak puass....

khairil idham ismail
moscow, russia

p/s:ada ubi ada batas,ada lori ada bas, ada hari boleh balas.

kajang tuan kajang berlipat,
kajang hamba mengkuang layu,
dagang tuan dagang bertempat,
dagang hamba musafir lalu.

yaa...siapalah kita.....


letakkalah byk2 gmbar lg Tue 11-Sep-2007 02:24
Posted by:mak farhah  - [Link]
akak pinjam gmbr ye...maaf x minta izin awal2 Tue 11-Sep-2007 02:33
Posted by:mak farhah  - [Link]
terima kasih semua kerana menyinggah dan meninggalkan komen

mak farhah-tak apa .. ambiklah akak .. nak letak gambar banyak2 tapi bila tengok balik gambar banyak yang macam rosak .. tak best .. maklumlah saya bukan profesional ..

fakru-thanks..esok tu hari apa ..?

yati-tak ada pun .. ambik gambar sbb abg firdaus jemput ..suka2 aja...aku bukan reti pun ambik gambar ni sangat...

mama anis-=) jati diri johor ... =)

abg buntal- selamat selamat merdekaaaaaa..>!!!

miss purple-baju raya ..? mana mana mana ...??

boboi - hmm...dijemput mestilah datang...=) rezeki jangan ditolak musuh jangan di cari ..
Tue 11-Sep-2007 06:40
Posted by:k.i.  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 27-Aug-2007 01:58 Email | Share | | Bookmark
gelisah-resah-gundah | sunathon2007


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
The BEST-est sunathon ever I have attended. seriously it was really awesome ... million thanks to everyone who has put all the efforts, buah fikiran, sokongan dalam menjayakan sunathon ni.



More photos to come in sya Allah with the story line ..
Congrats to IMAM RSC sebab manage organize 2 huge programs dalam waktu cuti summer ni
1st Islamic Medical Symposium di Hotel Raudhah Kota Bharu dan Sunathon 2007 di Endau Mersing ..

really had a wonderful superb sweetest time dengan semua orang ...


hahhaa....lawa gamba bilik atas tue..commercial gak bilik aku..hehheh Thu 6-Sep-2007 15:31
Posted by:zak
lame xsinggah sini.. well done for the sunathon thingy! u certainly deserve it! =) Sun 9-Sep-2007 10:17
Posted by:irarox  - [Link]
apa khbr?
sibuk ke?
akak nak minta tlg skitlah, nak dptkan copy gmbr from fotopages idham y lama, from topi JPA dan kuih raya. nak pinjam gambar org buat kuih nprogram berbuka puasa bersama JPA tu. nak gmbar kandid n amai2. x mo gmbr posing.
ada projek. kalau b oleh dlm sehari dua ni.
kalau idham free ya.
tq

Tue 2-Oct-2007 02:35
Posted by:mak farhah leia_kc@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 6-Aug-2007 05:00 Email | Share | | Bookmark
muiz & lina

Assalammualaikum wbt

Saya bukan jurugambar perkahwinan/wedding photographer baik secara sambilan mahupun sepenuh masa.



Muiz & Lina merupakan kawan yang sama-sama belajar di Moscow. Pejam celik,pejam celik 5 tahun dah berlalu dan kini kami semua bakal masuk ke tahun akhir perubatan di Moscow biiznillah.



Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada mepelai. Semoga bahagia kekal abadi ke akhir hayat hendaknya.



p/s: gambo di kampo dan gambar2 yang lain nanti2lah ya..connection superduper slow dengan dial up celcom ni ...

1st time shot wedding...what say you?

Khairil, you are one talented young man. Your first wedding shot and so cantik. Tahniah kepada pengantin baru. Thu 6-Sep-2007 18:48
Posted by:Munira
bestnyee gambaa..cantik2 sume!! bleh ler simpan je camera tuh idham.. kot2 ade lg yg nak kawen tahun depan. Sun 9-Sep-2007 16:22
Posted by:suria
smart demart gambo Sun 9-Sep-2007 17:51
Posted by:amet.mkay98
View all 7 comments Add comment


Thursday, 12-Jul-2007 00:21 Email | Share | | Bookmark

Alahai sejuknya mata memandang ... gambar 2 orang wanita muslimah kazan yang sedang tekun mengamati sesuatu di kedai buku2 agama dan busana Islam tanpa mereka sedar saya curi2 ambil gambar mereka .. Bila saya melangkah masuk ke dalam kedai, rupanya mereka berdua sedang tekun mengamati Al-quran dan sedang asyik membacanya ... seorang memperdengarkan bacaan dan seorang lagi memperbetulkannya.Sejuk mata memandang,sejuk telinga mendengar, tenteram hati rasanya.

Seruan azan dan tauhid Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah pasti akan berkumandang tanpa henti dan berterusan hinggalah tiba pula bunyi sangkakala yang mengambil tempat. Islam berada di mana-mana sahaja di kerajaan alam milik Nya ini. Siapa sangka dalam puluhan tahun komunis berleluasa, masyarakat tempatan berjaya mengekalkan jati diri agama Islam yang ulung warisan nenek moyang. Jelas terbukti, masyarakat di sini tegas mengekalkan pegangan yang tulen mengajak manusia atas pegangan yang sejati dan hakiki. Persoalannya, bagaimana mereka berjaya melakukannya...?

Bagaimana pula kita di Malaysia,tanahair tercinta..? Melayu sekarang malu mengaku melayu. Islam itu menjadi perkara-perkara sensitif , fobia dan sebagainya...!!!
Melayu yang ada malu mengaku melayu .. hilang sudah seri melayu ... kadangkala di antara dua insan melayu bercinta ... lafaz yang di sebut ... I sayang you .. , I penat tau tunggu you dan sebagainya .. yang dengar hanya I dan You ... selebih nya rojak sini sana. Hilang sudah identiti bangsa.

Islam menurut definisi sesetengah dari kita ialah usrah, halaqah, tazkirah, talqin , nikah, wasiat , solat, puasa , haji dan zakat. Bila tiba soal pengurusan, pekerjaan, pentadbiran, undang-undang, sukan , dan sebagainya tidak wujud Islam. Islam telah di jadikan sebagai simbol kehidupan di akhirat semata-mata. Maka tidak wujudlah istilah Islam itu agama yang menyeluruh atau syumul.

Pengerusi Johor Corp , Tan Sri Ali Hashim ada berkata dalam bukunya Melayu Islam itu merupakan khoiru ummah. Namun , apakah ciri-ciri yang diperlukan bagi menjadi ummat yang terbaik ini?
-Ta'muru nabil ma'ruf wa tanhau anil mungkar wa tu;minu nabillah.

Nampak mudah dengan hanya 3 perkara.
1. Mengajak kepada Ma'ruf
2. Mencegah kepada kemungkaran
3. Beriman dengan Allah

Sayangnya, tiga perkara inilah yang manusia sering lupa dan leka dan andai yang ingat sekalipun hanya sekelompok individu sahaja. Maka selama-lamanyalah Melayu Islam itu akan kekal di kasta terendah berbanding umat manusia lain sekiranya kita tidak sama-sama berusaha , bekerjasama dan bersatu sebagai satu unit pasukan, unit bangsa.

Jelas Saidina Umar lagi ketika berjaya menawan kota Palestine dahulu , " Kita adalah bangsa yang di muliakan kerana Islam"

Terdapat 4 tanggungjawab/kewajipan utama yang telah di gariskan Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi dalam buku karangannya tanggungjawab remaja Muslim.
1. Faham
2. Amal
3. Berda'wah
4. Kesatuan dan amal jamaie

Situasi sekarang jelas memperlihatkan , kita telah banyak tersalah faham dan kurang pengetahuan. Kefahaman tentang Islam sendiri, situasi itu ini dan sebagainya . Akibat daripada masyarakat yang mempunyai kefahaman yang salah maka wujudlah masyarakat yang tak berilmu , tak bertamadun dan dalam erti lainnya jahiliah.
Maka adalah perlu bagi kita semua untuk belajar dan memanfaatkan sebaik-baiknya masa yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kefahaman yang baik dalam segenap bidang.

Setelah mencapai kefahaman, ilmu itu haruslah diamalkan . Seperti pepatah Bahasa Arab mengatakan ' Al-ilmu bilal amal kasshajar bilal samar'. Ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah.

Selain daripada amal, ilmu dan kefahaman hendaklah di kongsi bersama dengan orang sekeliling kita , orang persekitaran kita, unit pentadbiran kita dan lain - lain agar semua orang mampu mencapai pemahaman yang sama, sehati dan sejiwa. Dalam erti kata mudahnya da'wah atau menyampaikan . Anologi mudah , andai kita masuk syurga, adakah kita mahu bersendirian di dalam syurga? Sudah tentu kita mahukan keluarga tercinta, insan tersayang dan sebagainya turut bersama kita menikmati nikmat syurga yang bahagia. Begitulah kata Allah dalam kitabnya, " qu anfusikum wa ahlikum naro" . Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka.

Terakhir,setelah capai segalanya ini , maka kita haruslah bersatu sebagai satu umat yang mempunyai fikrah,matlamat , hala tuju yang sama. Satu hati dan satu jiwa. Maka penggabungan inilah yang baru membentuk kita sebagai khoiru ummah.

Maka, ayuhlah sahabat-sahabat saudara/i sekalian, ayuh kita bangkit dan memperbetulkan diri kita dan sama - sama bersatu menjadi bangsa yang beridentiti , mempunyai jati diri yang kenal akan Sang Pencipta dan tunduk dan patuh kepada arahannya. Sesungguhnya andai kita bersatu , kita pasti maju.

Khairil Idham Ismail
Mersing & Johor Baharu




Thanks
---------------
Free Software - http://www.dl4all.com
Insurance center - http://www.insurance-center.us/
P30Mobile - http://www.p30mobile.com
ParsiForums - http://www.parsiforums.com
Tue 17-Jul-2007 21:19
Posted by:David  - [Link]
askum...hmm lme xnmpak on9 dh?.dh kt sni ke?..snyap je...alang2 dh ke jhr singgah la kat sni he3... Mon 23-Jul-2007 05:30
Posted by:hanee
ajak dekwan dtg studio...
bwk lens+flash baru
ehe
Wed 1-Aug-2007 06:14
Posted by:naim palancut@gmail.com
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.