Want your
own Fotopage?







 
inastrani 007


By: inastrani lyudi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  >  >>]    [Archive]
Saturday, 24-Feb-2007 06:19 Email | Share | | Bookmark
among photos of orangkuat umno



next-players
coming soon


inastrani007
zakidhamaliff


hihi..mukaku x sipi2 lg..
kali ni penuh..
penuh dgn keseriusan berkerja(ceh..konon je) n penuh kebosanan(waktu match ape tuh??)
keep up d gudwork bro~
Sat 24-Feb-2007 07:50
Posted by:dayahJaris
Add comment


Friday, 23-Feb-2007 07:23 Email | Share | | Bookmark
Tazkirah Jumaat menjelang Khutbah Jumaat



Assalammualaikum wbt
Segala pujian bagi Allah , Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Marilah kita sama-sama merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kekuatan dan kesihatan nikmat umur yang panjang masih lagi dapat bangkit dari lena dan menghirup udara hari Jumaat,hari yang penuh berkat, ibu segala hari bersama nikmat Iman dan Islam.Alhamdulillah.

Entry ini bukan lah ucapan mahupun khutbah serta seangkatan dengannya tapi lebih merupakan tazkirah kala Jumaat yang dingin dalam erti kata hidup di dunia saling ingat mengingati. Allah berfirman dalam surah Al-Ashr 1-3

1. By the declining day ,
2 . Lo! man is in a state of loss
3. Save those who believe and do good works , and exhort one another to truth and exhort one another to endurance .


Orang bertanya, apa itu inastrani? kenapa inastrani dan kenapa pula 007?
Inastrani berasal dari Bahasa Rusia yang bermaksud foreign/asing dan 007 merujuk pula kepada kod dial negara Rusia. Secara ringkas dan simboliknya asing di bumi Rusia atau di bumi Tsar dan apa saja yang anda mahu namakan. Kehidupan di negara Rusia ini memang begitu asing sekali. Lebih lagi kepada kita penuntut yang berasal dari Malaysia. Asingnya bukan sahaja dari segi cuaca dan climate malah merangkumi budaya, bahasa , tatacara , pergaulan , pemikiran , pemahaman , mentaliti dan sebagainya.

Kehidupan yang di lalui seharian menjadikan kita seolah bersendirian dan berseorangan kerana asingnya kita dengan sekeliling dan persekitaran. Namun atas muka bumi mana sekalipun kita di campak, ke gurun mana sekalipun kita di buang , di atas muka bumiNYA jua kita berpijak. Maka dengan itu sungguhpun lahir dan zahirnya kita bersendirian, namun tidak sekali kita berseorangan pada batinnya andai kita berpegang pada ajaran ALLAH dan mengikuti sunaturasulullah saw.

Dalam kitab Hadis 40 karangan Imam Nawawi, hadis yang ke 40

Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "

Aplikasi hadis ini sungguh menarik sekali dalam kita menempuh hidup2 yang penuh berliku dan mencabar di Rusia. Saya percaya dan penuh yakin Rusia bukanlah tempat yang menjadi idaman setiap orang dari kita dan ia merupakan satu persinggahan sahaja sebelum kita menuju destinasi sebenar seperti mungkin bekerja di Malaysia atau kembali ke pangkuan keluarga tercinta dan sebagainya. Begitu juga dengan hidup kita di dunia ini yang mana kita pasti akan ke tempat yang hakiki , hala tuju tempat yang sebenar di akhirat kelak.

Sebagai seorang perantau atau pengembara,seseorang itu memerlukan bekalan untuk melalui meneruskan perjalanannya. Dalam kehidupan kita seharian ini, gunakanlah masa yang sebaiknya untuk mengutip segala keperluan dan bekalan sebelum menghadap Yang Esa. Moga dengan bekalan dan keperluan yang di kutip sepanjang jalan liku2 kehidupan ini membawa kita ke destinasi yang abadi syurga yang hakiki.

Kalau seorang pekerja di suatu bahagian pastinya dikehendaki menyediakan laporan mingguan atau bulanan dalam mesyuarat atau mungkin di minta oleh majikan untuk menyediakan laporan terus kepadanya.Bagi seorang pelajar pula,kerja sekolahnya pasti akan disemak oleh cikgu.Begitu juga dalam sesuatu organisasi.Setiap biro perlu menyediakan laporan.Bagi seorang akauntan pastinya perlu menutup akaun di penghujung bulan dan di buat semak kira- kira.

mengapa semua ini perlu?
Menerusi laporan ini lah tahap atau prestasi seseorang itu akan di nilai di kaji.Mungkin jika baik prestasinya,boleh la diberi ganjaran habuan dan sebagainya sebagai meningkatkan motivasi kredibiliti dan prestasi.Jika kesalahan yang di dapati, maka teguran dan pembetulan boleh di lakukan supaya gerak kerja hasil dan sebagainya menjadi lebih baik dan efisyen.

Aplikasinya hidup kita di muka bumi ini, Allah utuskan manusia ke muka bumi sebagai khalifah untuk mententeramkan dan mendamaikan bumi. Suatu yang dah tentu, kita pasti akan bertemu denganNYA. Sekarang atau nanti karang bukan persoalannya. Persoalan utamanya ialah adakah kita sudah bersedia dengan laporan yang bakal di minta oleh 'majikan' sepanjang hayat kita? Apakah yang bakal kita laporkan kelak bila bertemu denganNYA? Dalam Surah Al-Mu'minun ayat 115 Allah berfirman:
. Deemed ye then that We had created you for naught , and that ye would not be returned unto Us?

Tatkala hendak pulang ke Malaysiasummer break nanti,hati pasti akan rasa sungguh berkobar kerana bakal berjumpa keluarga sanak saudara tercinta. Ibu , ayah dan adik beradik semua menanti di sana. Hati tak terungkap gembira dan rindunya kerana dari situlah asal usul kita.Bak pepatah orang Melayu hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri,elok lagi di negeri sendiri.Kita selesa dengan keadaannya.Kita gembira untuk berjumpa semua.

Maka, sebab itulah kita pasti akan kembali ke asal usul kita,kepada kejadian terbentuknya jasad yang bergelar manusia dan bertemu Allah SWT bersama laporan amalan yang dikutip dicatat sepanjang kita dipinjamkan bumiNYA. Oleh yang demikian wahai saudara/i yang saya kasihi kerana Allah, jadilah kita di dunia ini sebagai seorang perantau, seorang pengembara berkelana biar di campak ke muka bumi mana sekalipun agar tersemat di jiwa sesudah selesai berkelana pasti kita akan menghadap Rabbul izzati bersama laporan yang lengkap bekalan yang cukup agar tidak gugup di kehidupan sana.

Ayuh kita sentiasa bersama memperbaiki diri dan saling ingat-mengigati serta berpesan atas nama kebenaran. Usah menunggu hingga ke hujung waktu tatkala sangkakala sudah kedengaran , tatkala tiada lagi erti pengampunan begitu pula kita berkejaran mencari erti kebenaran.

Salam penuh kasih sayang.

Khairil Idham Ismail


inastrani007
zakidhamaliff





tahniah!..entry kali nie sungguh menarik!...sama2 lah kita memperbaiki kehidupan kita agar
lebih baik..insyaAllah...
Fri 23-Feb-2007 14:41
Posted by:zak  - [Link]
bro idham..slalu penoh dgn nasihat..thanx for d reminders..thanx a lot~ Sat 24-Feb-2007 00:02
Posted by:aliffxx  - [Link]
very interesting piece of mind indeed..keep it up K.. Fri 2-Mar-2007 17:19
Posted by:irarox  - [Link]
Add comment


Wednesday, 21-Feb-2007 14:29 Email | Share | | Bookmark
umno game

Salam
This is just a sneakpreview.orang selalu kata ladies first .. sebab tu lah gambar devushki saja ..hehe.. later, in sya Allah others will be uploaded as well.






upload-idham
photographer - there were 4dslr user during the event , 3 so called dark side - idham,zak and aliff and another one was canon - aliah .. i dont know what they call it .. ...
inastrani007
zakidhamaliff


other update can be viewed here too:
http://flickr.com/photos/khairilidham
http://moxdfaiz.fotopages.com
http://aliffxx.fotopages.com

nice pics here!!!oo...fp hasil usahasama~bagus2..
mukaku nampak sipi je...
Thu 22-Feb-2007 13:02
Posted by:dayahJaris
TAK MALUNYA NGAKU UMNO ... JEJEKNYA Sat 5-Jan-2008 16:00
Posted by:dollah syasyasya99@gmail.com.my
Inilah keje umno..rosakkan akhlak muda-mudi... Sat 5-Jan-2008 16:19
Posted by:dollah syasyasya99@gmail.com.my
View all 9 comments Add comment


Tuesday, 20-Feb-2007 14:47 Email | Share | | Bookmark
outing

few shots during our outing to red square last saturday.it was really cold that we immediately went back right after the maghrib.




Best view in large size and separately.
photographer - Idham


inastrani007
zakidham

http://flickr.com/photos/khairilidham
http://moxdfaiz.fotopages.com

wah wah bestnye gambo ktorg beso2..huhu...cantek lak tu gambo2..kikiki
Wed 21-Feb-2007 16:12
Posted by:nabziE
uwahhh mukaku terlindung!!!!!!!tak nampokkkk.. Wed 21-Feb-2007 16:14
Posted by:DaYah
Superb photos!!
Kremlin ni mmg gah & mengkagumkan!
Btw, inastrani tu apa maksudnya ye?
A Russian word ye?
Wed 21-Feb-2007 23:45
Posted by:mama anis
View all 6 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.